PROFAIL FIRMA


Tetuan Perunding Alam Bahagia diasaskan oleh Tn. Hj Baharudin Ali dan Puan Roziana Mat Amin pada 2005. Perunding Alam Bahagia menjalankan fungsi sebagai sebuah firma guaman syariah yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan hal ehwal kekeluargaan, perkahwinan, poligami, perceraian, tuntutan ketika di dalam tempoh perkahwinan, tuntutan selepas perceraian, hadhanah, penguatkuasaan perintah, pertikaian yang berbangkit daripada pewakafan, wasiat, jenayah dan lain-lain perkara yang berhubung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Firma ini juga terlibat dengan pengendalian kes-kes permohonan pusaka dan sijil faraidh di Mahkamah Syariah, serta permohonan untuk mendapatkan perintah pembahagian harta pusaka di Pejabat Tanah dan Daerah.

Selain itu, firma ini juga terlibat secara langsung di dalam penyediaan dokumen wasiat, dokumen hibah, pendaftaran Hibah di Pejabat Tanah dan Daerah, penyediaan perjanjian di dalam tempoh perkahwinan, wakil perantara di antara pihak-pihak yang bertikai dan menyediakan khidmat kaunseling. Firma ini turut menyediakan perkhidmatan bagi individu yang ingin mendapatkan pandangan dari sudut undang-undang dan hukum syara’ berhubung sesuatu isu yang dihadapi.